0
 
 
V/A The Bollocks - Tribute To The Bollocks 3xLP
V/A The Bollocks - Tribute To The Bollocks 3xLP
V/A The Bollocks - Tribute To The Bollocks 3xLP
V/A The Bollocks - Tribute To The Bollocks 3xLP
V/A The Bollocks - Tribute To The Bollocks 3xLP

V/A The Bollocks - Tribute To The Bollocks 3xLP

  • RM 290.00

  • or atome

Label : Broken Noise Records


17 years in the making (from 2003 to late 2020) of this massive tribute compilation celebrating Malaysian punk rock veterans The Bollocks. A diversity of Malaysian acts covering The Bollocks jams from D-Beat (Apparatus) to ska-punk (Plague of Happiness) to electronic madness (Oxtobox) to stoner doom (Speedwitches) to psychedelic folk (Hafifi Mokhtar) 41 songs from 20 and more other local acts. 


Triple LP. Custom jacket sleeve. Limited to 50 copies.


“Bila kami diajukan mengenai kompilasi tribute untuk sebuah kugiran punk veteran tempatan, kami tersengih bila ada nama The Bollocks—adalah semacam kewajiban untuk bersetuju jika terdapat sebarang aktiviti melibatkan The Bollocks. Kami baru tersedar, menjalani usia belasan tahun di dekad 90an dengan berlatarbelakangkan lagu-lagu The Bollocks merupakan suatu anugerah. Mendengar trek demi trek secara berjemaah walaupun hanya menerusi corong pemain kaset yang pita kasetnya kerap putus-sambung-putus balik-sambung balik; ternyata sedikit banyak membantu pembentukan cara berfikir dan meluaskan spektrum perspektif dalam merespon isu semasa dari dulu sehingga kini. Ini peluang keemasan untuk kami berterima kasih. The Bollocks patut tahu, lagu-lagu mereka telah bekerja dengan baik menerusi kaset-kaset pinjam-dubbing dan mixtape yang merentasi lurah, bukit dan dataran Kuala Pilah untuk sampai ke Jasin.“ Tahvole

Akhirnya rilis sudah kompilasi tribute The Bollocks. 17 tahun tergendala rupanya memberi hikmah apabila tahun 2020 ini komuniti punk hardcore Malaysia telah menjadikan projek ini lipat kali ganda hebat dan meriah. Di awal rancangan tahun 2003, hanya kurang dari 10 band dan hari ini kita dapat saksikan 41 band telah berjaya dikumpulkan. Band dari jiran Singapura, Indonesia dan Mexico juga ada turut serta. Lagu-lagu dari pelbagai jenis latar belakang muzik dan genre jelas membuktikan semangat UNITY tak pernah mati dalam scene tempatan. Tak perlu aku tulis panjang lebar mengenai kepentingan The Bollocks kerana dengan rilisan ini kamu sendiri boleh saksikan betapa sayangnya komuniti punk hardcore kepada band berasal dari Kuala Pilah ini. Malah berani aku katakan projek tribute ini hanya mewakili segelintir kecil pemain muzik dan band. Aku percaya sebahagian besar kamu diluar sana pasti ada kenangan dan pengalaman bagaimana band ini memberikan inspirasi dalam kehidupan. 


Dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada band The Bollocks yang telah beri kerja sama untuk projek tribute ini. Juga ribuan terima kasih untuk semua band yang terlibat. Banyak masa, tenaga, idea dan wang ringgit telah dikorbankan untuk sama-sama menjayakan rilisan ini. Kepada yang terlibat secara langsung dalam proses rilisan ini. Kepada label/distro/individiu yang telah sama-sama wholesale dan membuat pre-order. Dan paling penting. Terima kasih untuk kamu yang memilih menikmati CD / tape ini walaupun kamu boleh layan dibandcamp secara percuma. Kamu memang punk rocker yang cool! 


- Jimbo of Broken Noise Records 





Write a review

Please login or register to review